Pasukan khas pantau aktiviti LGBT

0
66


KETUA Polis Jawa Barat, Anton Charliyan

JAKARTA: Polis akan mewujudkan pasukan petugas khas untuk menyiasat aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jawa Barat, wilayah paling padat di Indonesia.

Ketua Polis Jawa Barat, Anton Charliyan, mengumumkan rancangan itu semalam selepas dua lelaki gay di Aceh disebat di khalayak ramai, dan beberapa hari selepas polis menyerbu kelab gay di Jakarta dan mengedarkan gambar pelaku sumbang berkenaan kepada media.

Selain di Acheh, kegiatan homoseksual dibenarkan di Indonesia.

Bagaimanapun, aktivis membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai diskriminasi dan gangguan terhadap pelaku LGBT.

Reputasi toleransi beragama di Indonesia sedikit tercalar selepas bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, yang beragama Kristian dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghina Islam.

Memberi reaksi kepada serbuan Ahad lalu di Jakarta, Charliyan memberitahu wartawan di Bandung, komuniti LGBT mengalami ‘penyakit tubuh dan jiwa’.

Beliau menggesa orang awam melaporkan sebarang aktiviti berkenaan.

“Saya harap tiada pengikut di Jawa Barat, tiada gay atau gaya hidup LGBT.

“Jika ada sesiapa mengikutinya, mereka berhadapan undang-undang dan sekatan sosial berat. Mereka tidak diterima dalam masyarakat,” kata Charliyan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here