Pasukan tewas, kerusi melayang

0
325
Advertisement



PEMINAT bola sepak Indonesia yang berang dengan kekalahan pasukan mereka membaling kerusi plastik ke tengah padang di stadium di Palembang yang dijadualkan menjadi hos Sukan Asia bulan depan.

Pertandingan liga antara kelab Sriwijaya FC dan Arema FC berakhir dengan rusuhan tengah hari semalam apabila peminat merosakkan kerusi di Stadium Gelora Sriwijaya di Palembang di Sumatera.

Gambar menunjukkan kerusi pelbagai warna dilempar ke padang, yang dipisahkan dengan trek.

“Kami amat kecewa dengan penyokong yang merosakkan kerusi di Gelora Sriwijaya ketika pertandingan.

“Saya berada di sini hampir 10 tahun. Tidak pernah berlaku kerosakan pada kerusi seperti semalam,” kata penyelia keselamatan stadium itu, Rusli Nawi.

Stadium itu dibaik pulih untuk sukan berkenaan, yang diadakan di Palembang dan Jakarta bermula 18 Ogos hingga 2 September.

ANTARA kerusi stadium yang dibaling penyokong bola sepak di Stadium Gelora Sriwijaya. FOTO AFP

Indonesia bergelut menyediakan lokasi sukan, menyelesaikan kerja pembinaan, meluaskan jalan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kira-kira 335 kerusi rosak, separuh daripada perlu diganti dengan kerusi yang ditempah dari luar Indonesia, kata Nawi.

Polis menahan empat orang berhubung kejadian itu, yang dimulakan peminat Sriwijaya yang kecewa dengan kekalahan 3-0 pasukan mereka. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here