Patutkan orang tak puasa ditangkap? Ini kata rakyat

0
66



Masyarakat Melayu berbeza pendapat berhubung cadangan supaya jabatan agama tidak menghabiskan tenaga untuk menangkap pihak yang ponteng puasa.

Menariknya, terdapat perbezaan pendirian yang ketara berdasarkan jantina pihak yang ditemui secara rawak itu.

Kebanyakan orang perempuan bersetuju dengan pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bahawa lebih baik penguat kuasa agama membantun golongan miskin.

Bagaimanapun orang lelaki pula berpendapat penguatkuasaan terhadap golongan ponteng puasa memang perlu dibuat. Mereka bagaimanapun turut bersetuju supaya orang miskin turut dibantu.

Eksekutif akaun Linda Abdul Kasim berkata orang susah sudah terlampau ramai di negara ini, ditambah lagi dengan kenaikan harga barang yang menekan.

“Setuju (utamakan orang susah) sebab kalau kita tengok memang terlampau ramai (golongan ini). Mereka tak pergi cari tau,” katanya.

Wahida Othman, 36, turut berpandangan sama.

“Buat apa guna dana itu untuk tangkap orang tak berpuasa. Orang susah tak ada wang nak sara hidup, lebih baik bantu yang lebih memerlukan,” katanya.

Beliau percaya peningkatan iman seseorang Muslim itu bermula daripada rumah dan sekolah.

“Banyak orang muda mungkin kesedaran tak ada,” katanya kepada Malaysiakini.

Khairy semalam berkata terdapat banyak jalan mencegah kemungkaran dan dasar moral bukan satu-satunya untuk berbuat demikian.

Katanya, daripada membelanjakan wang untuk mencari orang Islam yang ponteng puasa, lebih baik ia digunakan untuk membantu asnaf-asnaf zakat.

Di Wilayah Persekutuan, orang Islam yang makan, minum atau merokok secara terbuka boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Peruntukan sama terdadat di negeri-negeri lain seluruh Malaysia.

Sementara itu, pesara tentera Abdul Hamid Mohamad Sari pula berpendapat penguatkuasaan terhadap golongan ponteng puasa perlu dilakukan bagi membetulkan syiar Islam.

“Orang bangsa asing selalu mempertikaikan (kita). Jadi lebih baik kita tunjukkan yang terbaik, baru (orang) kata Islam ini terbaik.

“Kebanyakan (bangsa asing) selalu memperlekehkan Islam,” katanya.

Hamid berpendapat lebih dana itu dibelanjakan untuk penguatkuasaan daripada “pergi ke tempat lain”.

[Baca berita asal]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here