'Pawang Besar' cuba bantu Mexico

0
56
Advertisement



DIBANTU dua penolong dan kayu berunsurkan ketuhanan purba Mesoamerican, ‘Pawang Besar’ Mexico membaca mantera semalam bagi membantu pasukan itu di Piala Dunia.

Antonio Vazquez – lebih dikenali sebagai “El Brujo Mayor,” juga tukang tilik terkenal dengan ramalan politik dan berita semasa – memanggil ular tuhan Quetzalcoatl, yang disembah oleh orang Aztecs dan masyarakat awal Columbia, bagi membolehkan pasukan kebangsaan Mexico layak sekurang-kurangnya ke suku akhir di Russia.

“Berikan aku semua kekuatan kau untuk memecahkan pintu syurga, bantu Mexico mara ke pusingan kelima. Quetzalcoat, biarkan ia berlaku,” katanya di depan jersi hijau Mexico.

Mexico akan membuat kemunculan berdepan juara bertahan, Jerman dalam Kumpulan F sambil berharap akan melepasi suku akhir Piala Dunia buat kali pertama.

“El Tri” tidak pernah menewaskan Jerman dalam kejohanan itu, namun Vazquez optimis.

“Kita sekurang-kurangnya seri 0-0, atau Mexico menang 1-0,” katanya.

Vazquez juga ditanya mengenai ramalan siapa juara: Brazil, Sepanyol atau Portugal.

“Pasukan Latin akan menjadi juara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here