PDRM arah forum Dr Zakir Naik di UTeM dibatalkan

PDRM arah forum Dr Zakir Naik di UTeM dibatalkan

Program bersama tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik anjuran UTeM yang akan diadakan pada 17 April ini akan dibatalkan ekoran dari arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan tersebut melalui akaun sosial Twitter miliknya beberapa jam yang lepas.

UTeM yang akan menganjurkan forum yang bertajuk “Similarities Between Hinduism and Islam” itu juga mendapat tentangan dari beberapa pihak di negara ini termasuk HINDRAF dan MIC.

Kenyataan ini rata-rata telah mendapat tentangan hebat dari netizen terutama melalui laman sosial Facebook. Tidak kurang ada juga segelintir yang menyokong untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Forum Dr Zakir Naik telah mula dijalankan pada hari Ahad lepas di Stadium tertutup Gong Badak dengan kehadiran 30,000 orang yang memenuhi stadium itu. Forum yang berlangsung selama 2 jam itu membahaskan tentang tajuk “The Importance of Unity Among Muslim Ummah”.

Dr Zakir Naik dijangka akan membuat forum di empat buah negeri di Malaysia bulan ini. Satu-satunya forum yang diarahkan buat masa ini untuk dibatalkan adalah melalui anjuran UTeM, Melaka.

– IsuSemasa.

Leave a Comment