Pegawai cabul atlet gimnastik, IOC mahu laporan lengkap

0
64
Advertisement

PYEONGCHANG: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menzahirkan rasa terkejut dan sedih berhubung skandal gangguan seksual yang berlaku dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (AS).

Thomas Bach menzahirkannya pada sesi taklimat selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Pyeongchang, Korea Selatan pada Ahad.

Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pegawai perubatan gimnastik Amerika Syarikat, Dr Larry Nassar menjadi topik utama perbincangan mesyuarat tersebut.

“Lembaga Eksekutif IOC sangat terkejut dan sedih dengan skandal gangguan seksual dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat.

“Kami menyatakan sokongan moral kami kepada mangsa yang berani tampil membuat pengakuan tersebut.

“Justeru IOC juga mengalu-alukan pengumpulan dana oleh Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) untuk perbelanjaan kaunseling dan rawatan kepada mangsa,” jelasnya.

Tambah Bach, IOC akan memberikan tumpuan kepada siasatan bebas yang sedang berjalan dan berharap ia akan dapat memberi penjelasan berhubung inidividu bertanggungjawab.

Sekurang-kurangnya 40 wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual Nassar selama 14 bulan.

Pada masa Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) menerima laporan pencabulan yang dilakukan Nassar sejak 2015.

Nassar, 54, telah dijatuhkan hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun atas dakwaan serangan seksual.

Dia akan mendapat satu lagi hukuman pada Isnin di Eaton County, Michigan.

Kedua-dua kes itu difailkan oleh Peguam Negara Michigan di bawah undang-undang negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here