Pekerja taman tema mati dilanggar gerabak roller coaster

0
23

VIENNA: Seorang pekerja 26 tahun mati dilanggar gerabak roller coaster Volare di taman tema ikonik Prater Park di Vienna, ibu kota Austria pada Isnin.

Kejadian yang berlaku sekitar 5 petang itu mengakibatkan mangsa cedera teruk di bahagian kepala.

Jurucakap polis Harald Soros berkata, mangsa yang memasuki kawasan operasi taman tema tersebut telah dilanggar oleh sebuah roller coaster yang menghampirinya secara tiba-tiba.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dua pelancong warganegara Belgium yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, mangsa sedang berdiri membelakangi roller coaster itu ketika dia dilanggar.

Pihak polis belum mengesahkan spekulasi media tempatan yang mengatakan bahawa mangsa sedang mengambil telefon bimbit yang terjatuh dari penumpang roller coaster berkenaan semasa dilanggar.

“Kami telah menyoal siasat dua penumpang dan pegawai pengendali roller coaster sejurus selepas kejadian tersebut,’ ujar Soros.

Soros menambah, pihaknya masih tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku.

Pihak polis masih menjalankan siasatan.

Presiden taman tema tersebut, Stefan Sittler-Koidl, mengarahkan agar roller coaster Volare ditutup pada Selasa.

Kejadian ini bukan yang pertama berlaku di roller coaster berkenaan.

Pada Oktober 2010, sebuah gerabak roller coaster tersebut merempuh sebuah kren, sekali gus melanggar pekerja 21 tahun yang sedang berdiri di dalamnya.

Mangsa jatuh dri ketinggian 26 kaki dan cedera parah.

Remaja Slovakia yang berada dalam gerabak tersebut pula mengalami keretakan tulang dan kecederaan intrakranium.

Gerabak roller coaster Volare tergantung di bawah rel besi dan penumpang akan baring dengan kepala mereka menghadap ke bawah, lantas meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya sebarang kemalangan.

Dua minggu lepas, sebuah insiden berdarah berlaku di Columbus State Fair di Ohio, Amerika Syarikat apabila sebuah struktur permainan berayun patah akibat pengakisan.

Seorang penumpang meninggal dunia dan beberapa orang lain cedera parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here