Pelakon Austin Powers 'Mini Me' meninggal dunia

0
121
Advertisement

LOS ANGELES: Pelakon kerdil yang terkenal menerusi watak Mini Me dalam filem Austin Powers, Verne Troyer, meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.

Dia mengehembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun.

“Dengan rasa duka cita dan ebrat hati, kami ingin memberitahu bahawa Verne meninggal dunia hari ini,” kata keluarga mendiang menerusi entri Instagram pelakon itu.

Punca kematian tidak diberitahu, namun keluarganya menulis “kemurungan dan bunuh diri adalah satu isu serius”.

“Anda tidak tahu pergolakan apa yang berlaku dalam diri seseorang. Namun teruslah berbuat baik kepada sesama sendiri. Dan ketahuilah, tidak pernah terlambat untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain,” ujar keluarganya.

Troyer, yang tingginya berukuran 2 kaki 8 inci (81 cm), terkenal dalam filem-filem Austin Powers seperti “The Spy Who Shagged Me” dan “Austin Power in Goldmember.”

Dia juga pernah memegang peranan sebagai goblin Griphook dalam filem-filem Harry Potter.

Keadaan fizikal Troyer adalah disebabkan keadaan achondroplasia dwarfism. Menurutnya, ibu bapanya tidak pernah menganggap dirinya berbeza dalam kalangan adik beradiknya yang bersaiz normal.

Troyer tidak pernah dilatih menjadi pelakon, namun ketika dia bekerja sebagai petugas perkhidmatan pelanggan melalui telefon, seorang rakan memberitahunya tentang penerbit Hollywood yang mencari pelakon aksi lagak ngeri bagi bayi.

Namanya sudah lebih 25 kali mendapat kredit dalam filem, termasuk watak yang dibawakan dalam filem “Fear and Loathing in Las Vegas,” “The Love Guru,” dan “The Imaginarium of Doctor Parnassus.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here