Pelakon 'Teletubbies' Simon Shelton Barnes meninggal dunia

0
97
Advertisement

Liverpool: Pelakon yang memegang watak Tinky Winky dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies meninggal dunia selepas ditemui rebah di atas jalan raya akibat mengalami suhu badan yang rendah.

Menurut Daily Mail, perkara tersebut dimaklumkan rakan karibnya dan turut disahkan oleh pihak polis.

Pihak polis memaklumkan, Simon Shelton Barnes, 52 tahun, meninggal dunia pada Rabu lalu di Pulau Mann, Liverpool.

Mendiang merupakan seorang bapa kepada tiga orang anak dan berasal dari Bedfordshire, England.

Selain itu, Barnes juga merupakan seorang penari ballet dan koreografer sebelum berlakon sebagai watak Teletubies ungu yang memakai ‘beg magik’ dalam rancangan popular kanak-kanak itu sekitar 1998 hingga 2001.

Judith Tynan, rakan sebilik mendiang, turut berkongsi mengenai gelagat pelakon yang disifatkannya kacak dan menawan itu.

“Saya sangat terkesan di atas kehilangan beliau, beliau seorang sahabat yang sangat baik, mudah berkawan dan sangat penyayang.

“Judith turut mengatakan Teletubbies merupakan hasil karya terbaik Barnes dan mereka pernah ketawa bersama apabila mengenangkan cerita yang kelakar itu,” katanya.

Barnes pernah memberitahu, berat kostum watak Tinky Twinky ialah kira-kira 27 kilogram.

“Memakai kostum yang berat itu bukan mudah tetapi mendiang telah berjaya melakukannya dan membawa dirinya ke puncak kejayaan,” ujarnya.

Selain itu, berita kematian Barnes turut menerima pelbagai reaksi serta ucapan dari rakan-rakan produksi, krew, pelawak dan ramai lagi.

Jumlah tontonan Teletubbies mencecah 1 juta penonton terutama di kalangan kanak-kanak dari lebih 120 negara dalam 45 bahasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here