Pelakon Transformers ditahan mabuk, tidak sopan

0
13


SHIA LaBeouf, ditahan kerana berkelakuan tidak sopan dan mabuk di tempat awam di Savannah.- Foto Reuters

GEORGIA: Bintang filem aksi ‘Transformers’, Shia LaBeouf, ditahan kerana berkelakuan tidak sopan dan mabuk di tempat awam di Savannah.

Polis Savannah dalam satu kenyataan berkata, pelakon yang terkenal dengan watak Sam Witwicky itu berada di kawasan kejiranan City Market dan mendekati seorang pegawai polis serta meminta rokok.

“LaBeouf berkelakuan tidak sopan selepas tidak mendapat rokok. Dia mula menggunakan bahasa tidak sopan dan kasar di hadapan wanita dan kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit,” kata kenyataan itu.

Pelakon itu bertindak agresif terhadap pegawai terbabit ketika diarahkan beredar dan ketika cuba ditahan, LaBeouf melarikan diri ke lobi hotel.

Susulan kejadian itu, dia ditangkap kerana berkelakuan tidak sopan, mabuk di tempat awam dan menghalang tugas polis.

LaBeouf dimasukkan ke penjara Chatham County.

Pihak penjara Chatham County tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan sama ada pelakon itu sudah dibebaskan.

Jurucakap LaBeouf juga tidak mengangkat panggilan atau membalas e-mel yang dihantar untuk mendapatkan komen.

LaBeouf, 31, berada di Savannah untuk penggambaran filem terbaharu lakonannya, ‘The Butter Peanut Butter’.

Pada Januari lalu, dia juga pernah ditahan di luar muzium New York ketika siaran langsung bantahan terhadap Presiden Donald Trump. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here