Pelakon veteran Bollywood Vinod Khanna meninggal dunia

0
152



BOLLYWOOD hilang seorang lagi ikon perfilemannya hari ini.

Pelakon veteran Vinod Khanna menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun akibat kanser.

Ketika hayatnya, pelakon yang seangkatan dengan Amitabh Bachchan ini telah memegang watak dalam lebih 100 filem.

Mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada 1968, nama Vinod meniti di bibir peminat pada era kegemilangan sekitar 70-an dan 80-an.

Selain berlakon, ayah kepada pelakon Akshaye Khanna ini juga aktif dalam politik.

Vinod menang dalam empat pilihan raya dan pernah menjadi menteri muda di Kementerian Luar India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here