Pelancong wanita Britain, rakan ditemui mati di Kemboja

0
18

SEORANG pelancong wanita warga Britain, Natalie Seymour, dilaporkan ditemui mati bersama rakannya di sebuah rumah tamu di Kemboja.

Mayat mangsa Natalie Seymour, 22, dan Abbey Gail Amisola, pelancong Kanada berusia 27 tahun, ditemui di rumah tamu ‘Monkey Republic’ yang terletak di selatan bandar Kampot.

Polis tempatan memaklumkan kepada ibu Seymour, Wendy Bowler, mengenai kematian kedua-dua mangsa, sekitar jam 5 pagi Selasa waktu tempatan. 

Menurut Wendy, yang dihubungi MailOnline, anak gadisnya itu ada menghantar mesej kepadanya memaklumkan mengenai masalah kesihatan yang dialaminya dan Amisola.

Sementara itu, Kementerian Luar Britain berkata pihaknya akan membantu keluarga mangsa dalam urusan membawa pulang mayat dan pada masa sama bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat punca kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here