Pelantikan Shamsiah simbol penghormatan terhadap BNM – Zeti

0
474
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata desas-desus pelantikan Datuk Shamsiah Yunos selaku Gabenor BNM yang baharu mencerminkan penghormatan kerajaan terhadap institusi bank pusat.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu menyifatkan Shamsiah sebagai berpengetahuan luas berkenaan bank pusat, juga berkata bakal gabenor itu akan belajar dengan cepat dan tidak akan membazir masa dalam menjalankan mandat baharu yang diberi kepadanya,

BACA: Shamsiah Yunos dilantik Gabenor BNM baharu? – Laporan

“Dengan melantik beliau (Datuk Shamsiah), kerajaan membuktikan penghormatannya terhadap institusi (BNM) dan saya rasa inilah apa yang pasaran mahu lihat – satu institusi yang kekal bebas dalam melaksanakan tugasnya.”

Zeti berkata demikian ketika ditanya wartawan berhubung ura-ura pelantikan Shamsiah di Menara Ilham selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Bekas Gabenor BNM selama 16 tahun itu juga enggan mengulas sama ada beliau memainkan peranan dalam mengesyorkan nama Shamsiah kepada kerajaan.

Terdahulu, beberapa laporan media tempatan dan antarabangsa mendakwa Shamsiah telah dipilih menjadi gabenor bank pusat yang baharu, dengan memetik jurucakap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak dinamakan.

Shamsiah bakal menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 6 Jun lalu.

Shamsiah berkhidmat di BNM selama tiga dekad, sebelum meninggalkan bank pusat pada November 2016.

Beliau terlibat dalam siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelbagai langkah pengukuhan sistem kewangan negara, khasnya pasca krisis kewangan Asia 1997-1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here