Pelawak minta maaf isu video kepala Trump

0
24


LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Hollywood, Kathy Griffin memohon maaf kepada peminatnya susulan rakaman video pendek menunjukkan dia memegang sesuatu seperti kepala Presiden Donald Trump yang berlumuran darah akibat dipenggal.

“Saya secara ikhlas memohon maaf. Perbuatan saya memang melampau dan imej itu terlalu menakutkan. Saya mengaku salah,” katanya dalam satu rakaman video hari ini.

Rakaman pertama menunjukkan Griffin dengan wajah serius perlahan-lahan mengangkat kepala berlumuran darah, yang menurutnya projek seni secara usaha sama dengan jurugambar, Tyler Shields.

Ia menjadi viral di sosial dan ramai mendesak supaya Griffin dikenakan hukuman penjara.

Dalam rakaman kedua, Griffin merayu peminat memaafkannya dan berkata rakaman itu sudah tiada dalam blog Shields pada hari sama.

Sementara itu, CNN, penerbit program New Year’s Eve yang pernah dikendalikan bersama Griffin, menganggap rakaman imej Trump itu sebagai menjijikkan dan menghina.

“Kami gembira dia sudah minta maaf,” katanya CNN dalam satu kenyataan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here