Pelawak turut bersedih, duka mengenang anak-anak syurga Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

0
51
TRAGEDI kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi semalam, yang mengorbankan 21 pelajar dan dua orang guru turut memberi kesan kepada pelawak yang juga bintang Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Rata-rata mereka bersedih, berduka dan gagal menahan sebak mengenang nasib malang yang menimpa anak-anak syurga yang terkorban bersama dua warden asrama mereka dalam tragedi menyayat hati itu.

Tiada kata-kata yang boleh diungkap oleh Achey Bocey, Shuib Sepahtu, Fikry Ibrahim, Fad Bocey, Zulin Aziz, Mamak Puteh, Shuk SYJ termasuk pengacara program SSS 2017, Datuk AC Mizal melainkan doa buat mangsa dan keluarga mereka yang terkorban.

1) Achey Gagal Tahan Sebak

 

Al fatihah..

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

2) Shuib Sepahtu: Syurga Menantimu Anak-Anak

3) Fad Bocey: Tempatkan anak-anak ini di Syurgamu, Ya Allah

4) Mamak Puteh: Semoga Syurga Tempatmu Anak Soleh

5) Datuk AC Mizal: Semoga roh mereka dicucuri rahmat

6) Shuk SYJ: Insya Allah, syurga menanti adik

7) Fikry Ibrahim: Semoga Syurga tempatmu, anak soleh

8) Zulin Aziz: Ya Allah, tempatkan mereka di Syurgamu…

Perkembangan terkini, Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas dan mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik.
 
Hasil siasatan mendapati, mungkin terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here