Pelbagai onak dan ranjau dilalui, Nita kini milik Fareez

0
530
Advertisement

SELEPAS melalui pelbagai onak dan ranjau, penyanyi, Nita Hamzah kini sah menjadi milik Mohd Fareez Shamsul Bahari dengan sekali lafaz tepat jam 11.45 pagi tadi.

Majlis pernikahan Norhanita Hamzah, 38 tahun, dan Fareez, 30 tahun, disempurnakan oleh adik Nita, Mohd Hafiez Hazlan dan disaksikan jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang, Mohd Nazri Mohd Nor serta ahli keluarga kedua-dua pihak.

Pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM10,000. Manakala Nita turut memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak Fareez.

Nita yang baru sahaja tampil dengan single baharu, Hadirlah Cinta, mengikat tali pertunangan dengan Fareez pada 13 Ogos 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here