Peluang Aiedel ubati duka

0
25
Advertisement



KEJOHANAN Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN yang berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, di sini menjadi medan terbaik Muhammad Aiedel Saadon menebus duka selepas digugurkan di saat akhir ke Kejohanan Remaja Asia ke-18 di Gifu, Jepun, bulan lalu.

Justeru, tidak hairan dia melakukan latihan berganda bagi memastikan cukup bersedia menghadapi kejohanan itu sekali gus mampu meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) dan 4x100m.

“Saya yakin mampu menyerlah apatah lagi jurulatih Mohd Poad Md Kassim sudah merangka jadual latihan yang padat bagi memastikan saya dan rakan lain cukup bersedia.

“Ini peluang terbaik buat saya kerana dapat mewakili negara selepas digugurkan daripada kuartet 4x100m Remaja Asia di Jepun,” kata Aiedel, hari ini.

Mengulas lanjut, Aiedel berkata pengguguran lalu tidak mematahkan semangat malah secara peribadi menyasarkan untuk mencatatkan catatan masa lebih baik, terutama dalam acara individu.

Dia berharap dapat mencatatkan larian dalam lingkungan masa 10.50 saat (s) kerana rekod peribadi terbaik dalam acara 100m adalah 10.57s, dicipta di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia di Pulau Pinang, tahun lalu.

Gelaran Raja Pecut negara masih dipegang Khairul Hafiz Jantan yang mencatatkan kepantasan masa 10.18s di temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak pada 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here