Peluang Tok Gajah lebih cerah

0
163
Advertisement



IPOH: Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui peluang Pahang untuk muncul naib juara Liga Super lebih cerah berbanding skuad kendaliannya sejurus The Bos Gaurus melepaskan peluang keemasan mengesahkan kedudukan itu apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Kedah, malam tadi.

Menurutnya, ini kerana pasukan Tok Gajah dilihat mempunyai perlawanan lebih mudah berbanding The Bos Gaurus pada perlawanan terakhir kedua-dua pasukan itu hujung minggu ini.

Skuad bimbingan Dollah Salleh akan bertemu pasukan tercorot yang sudah tersingkir ke Liga Perdana, Kelantan di Kota Bharu manakala anak buahnya berdepan tugas getir menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam.

“Walaupun prestasi anak didik (Datuk) K Rajagobal tidak menentu namun mereka memiliki rekod pertembungan yang baik ketika menentang Perak. Malah, saya akui Perak sering menghadapi kesukaran apabila bertemu kelab Selangor itu,” katanya.

Walaupun kenyataan itu pahit, namun jauh di sudut hati jurulatih berasal dari Australia berkenaan berharap anak buahnya bangkit bagi memastikan impian muncul naib juara selepas begitu lama menduduki kedudukan terbabit, tidak terlepas begitu sahaja.

“Kami bermain baik tetapi gagal membuat penyudahan beberapa peluang dicipta. Penjaga gol Kedah adalah wira pasukan kerana menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

“Jadi, saya harap kami boleh bermain lebih baik lagi dan menjaring gol dalam perlawanan dengan PKNS nanti,” katanya.

Satu lagi pasukan yang mungkin menggugat Perak dan Pahang ialah Terengganu.

Jika Terengganu menang ke atas Kelantan malam ini, anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu bakal menjadikan perebutan naib juara kali ini menjadi perlumbaan tiga penjuru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here