Pelumba wildcard Jepun cabar Zaqhwan

0
22



MOHD Zaqhwan Zaidi waspada tentangan sengit bakal diberikan oleh wildcard diketuai pelumba berpengalaman Yukio Kagayama menjelang perlumbaan SuperSports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di litar Suzuka, Jepun, hujung minggu ini.

Juara bertahan memacu jentera pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing itu kini berada di tangga ketiga keseluruhan kejuaraan dengan 54 mata.

Dia mempamer aksi kurang memberangsangkan pada pusingan kedua di Thailand akibat kecederaan.

Pelumba dengan angka 21 itu kini ketinggalan 29 mata di belakang rakan senegara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing).

“Pelumba wildcard tempatan selalu mempamer aksi cemerlang di Suzuka. Begitu juga pelumba musim penuh ARRC.

“Perlumbaan pusingan ketiga kali ini disertai pelumba berpengalaman Jepun, Kagayama,” kata Zaqhwan.

Katanya:”Dahulu litar ini tidak banyak beri kelebihan kepada kami tetapi keadaan kini berubah.

Barisan pelumba ARRC sudah biasa dengan litar ini terutamanya dalam pertarungan Suzuka 4 Hour & 8-Hour Endurance Race.

“Saya banyak kehilangan mata sewaktu pusingan kedua di Thailand. Jadi penting untuk saya mengutip mata maksimum, merapatkan kedudukan dan merangka strategi yang betul di Suzuka.

“Kalau Azlan terus melebarkan jurang mata peluang untuk mengejar mata pada pusingan akan datang menjadi semakin sukar.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here