Peluru berpandu Korea Utara lepasi ketinggian 2,500 km

0
38


SKRIN televisyen mengenai berita penyiaran pelancaran peluru berpandu Korea Utara, di Tokyo, Jepun. – Foto EPA

TOKYO: Peluru berpandu jarak sederhana dilancarkan Korea Utara hari ini, melepasi ketinggian 2,500 kilometer (km), kata Kementerian Pertahanan Jepun.

Peluru berpandu itu terbang pada jarak 930 km sebelum jatuh di Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Jepun, kata tentera Korea Selatan dan kerajaan Jepun.

Tokyo membantah keras ujian senjata itu dan menyifatkannya sebagai melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here