Pemain gitar, pengasas AC/DC, Malcolm Young meninggal dunia

0
22

PEMAIN gitar dan pengasas bersama kumpulan rock Australia AC/DC, Malcolm Young menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun.

Menurut kenyataan daripada kumpulan itu, Young meninggal dunia pada Sabtu selepas menderita penyakit demensia sejak 2014.

Kumpulan itu mengumumkan berita itu pada laman Facebook mereka dan menyatakan Young meninggal dunia di rumah keluarganya.

Young menubuhkan kumpulan AC/DC bersama adik-adiknya, Angus yang juga pemain gitar dan George pada 1973.

George merupakan penerbit kumpulan itu yang telah meninggal dunia pada Oktober lepas.

Sejak berita sedih itu diumumkan ramai peminat dan kawan-kawannya mengucapkan takziah ke atas pemergiannya di laman sosial.

Selepas menubuhkan AC/DC pada 1973, Angus dan Malcolm menulis setiap lagu kumpulan itu terutamanya antara tahun 1975 hingga album terakhir pada 2014 yang berjudul ‘Rock or Bust’.

Malcolm dilahirkan pada 1953 di Glasgow, Britain sebelum keluarganya berhijrah ke Australia pada usianya 10 tahun.

Antaranya laju terkenal kumpulan itu termasuk ‘Back in Black’, ‘Highway to Hell’ dan ‘You Shook Me All Night Long’.

AC/DC dianggar telah menjual lebih 200 juta rekod seluruh dunia termasuk 71.5 juta album di Amerika Syarikat sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here