Pemain Republik Czech ditemui mati

0
91



Ankara: Pemain bolasepak Republik Czech, Frantisek Rajtoral yang beraksi bersama kelab liga utama Turki Gaziantepspor ditemui mati di kediamannya, menurut kelab itu, hari ini.

Presiden kelab itu Ibrahim Kizil memberitahu media pemain berusia 31 tahun itu menggantung dirinya sendiri di rumahnya (Gaziantep) yang terletak di selatan Turki.

“Amat malangnya Rajtoral meninggal dunia dengan cara membunuh diri yang tragik,” kata Kizil.

Beliau berkata kelab itu tidak menyedari wujudnya sebarang masalah dengan pemain terbabit.

Rajtoral sebelum ini beraksi untuk kelab Viktoria Plzen, Hannover dan skuad kebangsaan Republik Czech.

Pihak berkuasa tempatan dalam laporan mengumumkan pemain terbabit membunuh diri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 5:35 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here