Pemandu BBC maut, 4 wartawan cedera letupan Kabul

0
19


ANGGOTA polis mengawal di luar kawasan kediaman di Springfield Road di Wigan. – Foto REUTERS

LONDON: Seorang pemandu agensi BBC yang juga rakyat Afghanistan, antara yang terbunuh dalam letupan di kawasan kediaman diplomatik, awal pagi tadi.

Letupan itu turut mencederakan empat wartawan agensi berkenaan yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa pemandu kami, Mohammed Nazir ialah antara mangsa yang maut dalam letupan di Kabul itu, ” kata Perkhidmatan Dunia BBC dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tragedi berkenaan turut mencederakan empat wartawan yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

Mohammed Nazir yang juga rakyat Afghanistan dan berusia akhir 30-an berkhidmat empat tahun bersama BBC Afghan dan terkenal dalam kalangan rakannya.

“Ini adalah satu kehilangan besar kepada BBC, keluarga Mohammed Nazir dan rakannya. Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk membantu mereka di Kabul,” kata kenyataan itu.

Serangan itu menambah kebimbangan terhadap situasi tidak selamat di Afghanistan yang selama ini bertungkus lumus memerangi aktiviti pengganas.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here