Pembatalan konsert Adele: Peminat tidak dapat bayaran balik tiket kapal terbang, hotel

0
35

DENGAN pembalatan dua konsert terakhir Adele di London, peminat-peminat tegar menyuarakan kekecawaan mereka selepas berbelanja besar untuk kos perjalanan dan penginapan.

Dalam satu kenyataan, Adele memberitahu bahawa jika persembahan di Stadium Wembley yang dibatalkan itu tidak dijadualkan semula, peminat boleh menuntut bayaran balik.

Namun, peminat penyanyi Hello itu tertanya-tanya jika pihak hotel, penerbangan, kereta api atau bas ekspres boleh memberi bayaran balik.

Ada juga yang memberitahu bahawa para peminat tidak marah kepada Adele yang sedang sakit.

Mereka marah dengan syarikat yang tidak dapat menawarkan pembatalan atau pembayaran balik.

Sementara itu, beberapa peminat terus ke Stadium Wembley secara beramai-ramai untuk menyanyikan lagu-lagu, Adele.

Kata mereka, walaupun Adele tidak boleh menyanyi untuk mereka boleh menyanyi untuk Adele.

Video yang dimuat naik di Twitter disertakan hashtag #SingForAdele.

Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley berikutan masalah vokal.

Adele, 29 tahun, telah berjumpa doktor pada Jumaat dan dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here