'Pembayar cukai tidak akan tanggung beban Proton'

0
40



Kerajaan tidak lagi berminat dengan pemilikan dalam Proton, akui Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa perjanjian DRB-Hicom dengan syarikat pembuat kereta China, Geely Automobile Group Holdings pada dasarnya adalah tindakan pelucutan aset.

Pua, yang juga adalah setiausaha publisiti kebangsaan DAP, berhujah bahawa jika Geely dan DRB-Hicom memilih untuk tidak terus melabur dan memajukan Proton, hasilnya, mereka akan gagal membayar semula pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan.

Maka, katanya, Proton akan sekali lagi menjadi miliki kerajaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Johari berkata: “Kami akan memastikan supaya pinjaman RM1.5 bilion itu dibayar sepenuhnya.

“Perjanjian itu juga memerlukan saham RCCPS (redeemable convertible cumulative preference shares) sebanyak RM300 juta ditebus dengan serta-merta selepas perjanjian muktamad. Baki RM1.2 bilion akan diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai aset.

“Kerajaan tidak lagi berminat untuk memiliki Proton,” katanya.

Johari juga mendedahkan bahawa berdasarkan perjanjian antara Geely dan Proton, pilihan untuk penukaran tidak lagi menjadi pilihan.

Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat satu klausa dalam perjanjian itu yang menyatakan demikian.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here