Pembayaran BR1M 2017 peringkat ketiga dibayar mulai esok

0
61

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibayar mulai 16 Ogos sempena sambutan Aidiladha.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti. 

Menurut kenyataan itu. pemohon yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos. 

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima dan bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here