Pembayaran mudah alih di Malaysia dijangka meningkat – HSBC

0
77
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kaedah skim pembayaran segera membabitkan peralihan tradisional kepada elektronik secara mudah alih, kini semakin ketara di sekitar rantau ASEAN termasuk Malaysia, sejajar pertumbuhan ekonomi digital serta penekanan oleh pihak berkuasa bagi penyahwangan.

Ketua Mudah Tunai dan Pengurusan Tunai Global HSBC Amanah Malaysia Bhd, Mandeep Singh berkata peningkatan pembangunan infrastruktur industri perbankan hasil usaha pihak pengawal selia dan syarikat teknologi kewangan juga menjadikan masa depan pembayaran mudah alih di negara ini semakin cerah.

“Kerjasama antara penyedia kad prabayar elektronik dan industri perbankan perlu ada bagi memastikan pengguna dapat melakukan transaksi itu dengan mudah dan lancar,” katanya pada sesi taklimat media mengenai transformasi digital yang semakin ketara di ASEAN, di sini, pada Selasa.

Menurut Mandeep, walaupun syarikat-syarikat pemilik kad terbabit beroperasi secara bebas, pembayaran itu boleh dilakukan menerusi perbankan dalam talian atau menggunakan kad nilai yang boleh dikaji bagi peningkatan lanjut.

Malah, katanya, sudah adalah perbincangan mengenai jalinan kerjasama antara pihak pengeluar kad pintar Touch N Go dengan industri perbankan.

Sejak tiga hingga empat tahun lepas, industri perbankan juga telah menyaksikan penyusutan kaedah perbankan tradisional berikutan pelaksanaan perbankan secara dalam talian, kata Mandeep.

Beliau berkata, kaedah pembayaran menggunakan cek juga terbukti merosot sebanyak 16 peratus setiap tahun.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here