Pembedahan pemindahan hati Abidal sah

0
252
Advertisement



MADRID: Pemindahan hati ke atas bekas pemain bola sepak Barcelona, Eric Abidal yang menghidap kanser dijalankan mengikut undang-undang, sekali gus menafikan laporan kaitannya dengan penyeludupan organ.

Pembedahan itu dijalankan mengikut undang-undang dan amalan klinikal yang baik,” menurut kenyataan badan kementerian kesihatan Sepanyol yang bertanggungjawab memantau proses pendermaan organ.

Ia turut mengesahkan bahawa pemindahan organ yang dijalankan di klinik Barcelona itu turut mempunyai sijil kelahiran dan dokumen lain milik penerima organ dan penderma.

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan melancarkan siasatan selepas timbul dakwaan bahawa pemindahan organ Abidal berkemungkinan tidak sah.

Awal bulan ini, akhbar dalam talian, El Confidencial melaporkan wujud siasatan kes rasuah membabitkan bekas presiden pasukan Barcelona, ​​Sandro Rosell yang menunjukkan bahawa kelab itu mungkin mendapatkan hati untuk Abidal secara haram.

Rosell menafikan laporan itu dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh El Mundo pada Selasa.

Abidal, bekas pemain antarabangsa Perancis, menerima pemindahan hati pada April 2012. Beliau kembali bermain setahun kemudian sebelum bersara pada 2014.

Bekas pemain pertahanan Barcelona yang kini Pengarah Sukan Bola Sepak Barcelona menjelaskan bahawa penderma sebenar organ itu adalah sepupunya, Gerard.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here