Pembekuan sementara pembinaan hartanah mewah bermula 1 Nov – Johari

0
23

KUALA LUMPUR: Pembinaan kondominium dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas dibekukan bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, perkara itu diputuskan Kabinet berkuatkuasa 1 November lalu berikutan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitkan kondominium mewah, pejabat komersil dan pusat membeli belah.

Beliau berkata, pembekuan berkenaan akan dilakukan secara sementara bagi melihat semula strategi pembangunan supaya ia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kalau dilihat laporan BNM, unit kondominium mewah dan pejabat komersial ini banyak yang telah melebihi permintaan. Jadi Kabinet telah memutuskan agar pembekuan sementara dilakukan bagi memastikan pembangunan yang sedia ada dapat terjual,” ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah UEM-PLUS di Pusat Komuniti Taman Maluri di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ringgit ke bawah kini dipertingkatkan bagi memastikan permintaan rakyat untuk hartanah jenis itu dapat dipenuhi.

“Permintaan rumah mampu milik kini mencecah sehingga 48 peratus tetapi bekalan yang ada hanya 24 peratus. Kebanyakan rumah yang tidak terjual adalah rumah yang berharga lebih RM250,000. Untuk mengimbanginya kita buat keputusan untuk membekukan pembinaan kondominium mewah ini,” kata Johari lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here