Pemenang Oscar, Martin Landau meninggal dunia pada usia 89 tahun

0
50

Pelakon berbakat, Martin Landau yang menjadi popular melalui siri ‘Mission: Impossible’, telah meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Landau yang pernah memenangi Oscar untuk watak ‘Bela Lugosi’ yand dibawanya dalam filem ‘Ed Wood’, meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles dari komplikasi yang tidak dijangka.

Jurucakapnya, Dick Guttman, dalam satu kenyataan berkata mendiang dimasukkan ke hospital untuk satu penyakit yang tidak didedahkan.

Kerjaya beliau yang panjang, melalui banyak suka dan suka.

Mendiang pernah berlakon untuk tiga pengarah terkenal iaitu Francis Ford Coppola, Woody Allen dan Tim Burton dan pernah dicalonkan tiga kali untuk Anugerah Oscar.

Mendiang turut membintangi siri ‘Mission: Impossible’ bersama isterinya Barbara Bain.

Semasa keruntuhan kerjayanya, Landau yang dilahirkan di New York, menderita dalam filem televisyen seperti “The Harlem Globetrotters on Gilligan’s Island” dan “The Being.”

Dalam satu temubual dengan New York Times pada tahun 1988, Landau berkata hanya seorang pengarah yang berimaginasi tinggi akan menyedari bahawa bahawa seorang pelakon boleh memainkan pelbagai watak.

Landau dinamakan pelakon sokongan terbaik untuk filem ‘Ed Wood’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here