Pemilihan pelabur bagi Proton keputusan DRB-HICOM – Mustapa

0
55



Pemilihan pelabur bagi Proton Holdings Bhd adalah keputusan mutlak DRB- HICOM Bhd, selaku pemilik syarikat pengeluar kereta nasional tersebut, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Ia terserah kepada DRB-HICOM untuk membuat keputusan tersebut dan ia tiada kaitan dengan kerajaan. Namun, saya difahamkan DRB-HICOM akan terus menerajui pengurusan Proton.

“Bagaimanapun, ia adalah keputusan syarikat itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai status pengurusan Proton di seminar berkaitan Komuniti Ekonomi ASEAN di sini hari ini.

DRB-HICOM memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang berpangkalan di China bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton.

Perjanjian itu akan membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding serta membuka peluang Proton untuk mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu.

Geely merupakan pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, antara pengeluar kereta penumpang utama di China.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here