Pemilik restoran bayar lebih RM1.2 juta untuk seekor tuna

0
122
Advertisement

TOKYO: Seekor ikan tuna sirip biru telah dibeli pada harga lebih AS$300,000 pada sesi lelongan awal tahun di pasar ikan Tsukiji, sebuah pasar ikan terkemuka di Tokyo, Jepun.

Hiroshi Onodera, presiden LEOC Co. Ltd yang memiliki rangkaian restoran ‘Ginza Onodera’, telah membayar 36.45 juta yen atau AS$323,195 (RM1,292,659) untuk tuna sirip biru premium seberat 405 kilogram itu.

Harga itu dikatakan hanya separuh daripada harga bidaan yang menang tahun lepas iaitu 72 juta yen (RM2,542,591) tetapi jauh di bawah rekod 155 juta yen (RM5,473,733) yang dibayar pada tahun 2013.

“Saya telah cuba menang lelongan ini sejak tahun lepas, jadi saya sangat gembira,” kata Onodera.

Selain di Jepun, beliau juga mempunyai rangkaian restoran di New York dan Singapura.

Tuna dikatakan sangat berharga kerana kegunaannya untuk sushi, namun ramai pakar telah memberi amaran tentang kedudukan spesis itu yang semakin terancam disebabkan permintaannya yang tinggi.

“Harga tinggi yang dibayar untuk ikan-ikan tuna sirip biru pasifik ini tidak boleh mengalihkan pandangan kita terhadap haiwan itu yang kian terancam. Hampir 97 peratus daripadanya telah pupus akibat penangkapan ikan yang berlebihan,” kata Jamie Gibbon, seorang pakar tuna sirip biru pasifik dari Pew Charitable Trusts.

“Jika orang ramai terus melakukan penangkapan ikan secara berlebihan, maka kelangsungan spesis akan terancam.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here