Pemimpin PBB kutuk Korea Utara

0
54


ANTONIO Guterres. – Foto REUTERS

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres semalam, mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara.

“Tindakan ini adalah satu lagi pelanggaran terhadap resolusi Majlis Keselamatan dan semakin membahayakan keadaan,” kata Guterres dalam kenyataan.

Pyongyang mendakwa ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pertama yang berjaya dilancarkan negara itu.

Menurut Kementerian Pertahanan Jepun, peluru berpandu jarak sederhana dilancarkan Korea Utara semalam, melepasi ketinggian 2,500 kilometer (km).

“Peluru berpandu itu dilancarkan pada jarak 930 km, sebelum jatuh di Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Jepun, ” kata tentera Korea Selatan dan kerajaan Jepun.

Tokyo membantah keras ujian senjata itu dan menyifatkannya sebagai melanggar resolusi PBB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here