Peminat berbalah Nora Danish keluar rumah bersama bayi dan suami

0
45
Advertisement
PEMINAT dan pengikut di Instagram (IG) berbalah selepas pelakon Nora Danish memuat naik foto keluar bersama bayi dan suaminya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Nora Danish kerana tidak menjaga dirinya di dalam pantang apabila keluar selepas baru sahaja melahirkan bayinya, Mohamed Neqyal atau Ney Ney sembilan hari lalu.

Namun, terdapat sebahagian peminat yang mempertahankan Nora kerana difahamkan pelakon wanita itu hanya keluar melakukan pemeriksaan kesihatan untuk anaknya Ney Ney.

Entri Nora sebelum itu juga memberitahu dia dan anaknya keluar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Malah Nora turut menyatakan lokasinya di IG iaitu berada di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
 

Foto: Instagram Nora Danish

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here