Peminat Mamat lebih selesa komedi

0
33



PENERBIT filem Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid mengakui filem itu kurang mendapat sambutan tetapi menolak ia disebabkan kurangnya promosi.

Pengurus Besar Kandungan Inovasi dan Digital Primeworks Distribution, Marini Ramlan berkata, pihaknya sudah menjalankan kempen promosi bukan saja di media tradisional, tetapi juga di media sosial.

Hari ini adalah hari terakhir filem berkenaan ditayangkan dan hanya mencatat kutipan sebanyak RM530,000 sejak mula ditayangkan 4 Mei lalu.

Menurut Marini, genre filem itu lebih bersifat alternatif dan sasaran penontonnya adalah terhadap golongan tertentu saja.

“Mungkin disebabkan itu, kehadirannya kurang dirasai. Peminat Mamat juga mungkin selesa dengan filem-filem komedi arahannya tetapi tidak ramai yang menyokong apabila dia menghasilkan filem bercorak ketuhanan,” katanya.

Marini berkata, filem lakonan Awie, Khir Rahman, Dazrin Kamarudin, Shahz Jaszle, Pekin Ibrahim dan Miera Leyana ini mula ditayangkan di HyppTV dan pihak Primeworks akan terus menjalankan promosi sehingga ke luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here