Peminat Marvel! Nantikan trailer terbaharu Avengers: Infinity War

0
117
Advertisement

BERITA gembira buat peminat adiwira Marvel, anda pasti tidak sabar untuk menonton Avengers: Infinity War.

Bagi menghangatkan lagi keterujaan anda trailer terbaharu filem blockbuster itu bakal dilancarkan hari ini.

Marvel Studios menerusi twitternya memaklumkan trailer berkenaan akan dimuat naik jam 9 pagi waktu Amerika Syarikat atau 9 malam ini waktu Malaysia.

Avengers: Infinity War dijangka mampu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel. Bukan hanya menghimpunkan hampir keseluruhan watak adiwiranya tetapi filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo itu juga bakal menjawab persoalan watak utama manakah yang akan dimatikan.

Filem ini mengisahkan perjuangan barisan adiwira ini menghalang Thanos untuk mengumpul kesemua enam Infinity Stones.

Avengers: Infinity War bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 27 April ini selepas tayangan perdananya di Los Angeles pada 23 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here