Peminat risau hidung Janet Jackson 'tenggelam'

0
17

HIDUNG mancung bintang pop terkenal dunia, Janet Jackson ketika penampilannya di sebuah majlis baru-baru ini kelihatan sperti ‘tenggelam’, membuatkan peminat ratanya terkejut dengan perubahan tersebut.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu All For You itu telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas.

Namun yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada hidung penyanyi berusia 51 tahun itu.

Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.

“Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung,” katanya dipetik portal Page Six.

Menurut portal berkenaan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.

“Adakah saya akan buat (pembedahan) lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel.

“Tetapi saya beritahu kamu sekarang, tanya saya lagi dalam tempoh 20 tahun akan datang,” kata Janet.

Di majlis berkenaan, Janet Jackson menerima Anugerah Ikon Muzik OUT100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here