Peminat tidak sabar setelah tonton trailer 'Tombiruo: Penunggu Rimba'

0
59
WALAUPUN filem adaptasi novel Tombiruo: Penunggu Rimba belum ditayangkan, peminat sudah memberikan reaksi positif terhadap karya berkenaan selepas menonton trailer di Youtube sejak pukul 4 petang semalam.

Ada yang menyifatkan filem tersebut setanding naskhah antarabangsa malah ada yang membandingkan filem yang bakal ditayangkan pada 12 Oktober nanti mampu mengalahkan filem terkenal Hollywood iaitu Tarzan.

“Kalah cerita Tarzan, epik lain macam,” tulis Muhammad Roslan 360 di Youtube Astro Shaw.

“Ala-ala Ong Bak ni. Padu beb!” puji Aiman Dxt.


Filem Tombiruo: Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M. Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap penunggu rimba.

Lelaki bertopeng itu disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Apapun, jom layan trailer filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang kami yakin betul-betul luar biasa!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here