Pemuda nekad kejar penjenayah ceroboh kedai

0
43



Shah Alam: “Terkejut melihat seorang lelaki berada di dalam kedai, saya segera menjerit dan mengejarnya,” kata Ahmad Faizalli Mohd, 30.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, pekerja sebuah kopitiam di Seksyen 15, di sini, nekad mengejar penjenayah yang memasuki premis itu hingga ke Seksyen 25, Taman Sri Muda.

Ahmad Faizalli berkata, dia mahu menangkap lelaki berusia lingkungan 20-an itu walaupun terpaksa berlari sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, saya melepak dengan rakan di lokasi berdekatan sebelum mendapati lelaki itu memasuki kedai berkenaan.

“Sewaktu mengejarnya, saya tidak berfikir apa-apa dan hanya menyedari suspek memilik sebilah pisau di belakang badannya ketika berjaya ditahan polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek ditahan unit peronda (MPV) yang membawa kepada penahanan dua lagi rakannya dalam sebuah van di kawasan berdekatan.

“Menerusi tindakan pantas anggota MPV, maklumat disalurkan kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan berjaya mengepung penjenayah itu di Seksyen 17,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here