Pencemaran udara boleh akibatkan ketidaksuburan sperma lelaki – kajian

0
15

TAHAP pencemaran udara yang tinggi boleh menjerumus kepada ketidaksuburan dan kualiti sperma pada lelaki, menurut kajian terbaharu.

Kajian yang dibuat oleh sebuah unversiti tempatan di Hong Kong terhadap 6,500 lelaki di Taiwan mendapati pendedahan kepada pencemaran PM2.5 berkait rapat dengan ketidaknormalan pada saiz dan bentuk sperma.

PM 2.5 adalah terma bagi pencemaran udara mengandung partikel paling halus, berukuran 2.5 mikron atau kurang dalam diameter.

Memetik laporan Evening Standard, pengkaji mendapati 10 peratus lelaki terdedah pada perubahan bentuk dan saiz sperma.

Walau bagaimanapun, difahamkan pendedahan pencemaran udara sekitar yang tinggi juga berkait dengan peningkatan signifikan kepada jumlah sperma.

Ini kerana ia bertindak sebagai satu mekanisme untuk melawan kesan yang menjejaskan bentuk dan saiz sperma.

Ketidaksuburan merupakan satu masalah kesihatan sejagat dan sebanyak 48.5 juta pasangan mengalami masalah ini pada tahun 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here