Pencuri 'ekspres'

0
28



Port Dickson: Baru berapa minit isteri dan anak keluar membeli sarapan, rumah sudah dimasuki pencuri,” kata Chin Chee Cheong, 50, selepas rumahnya di Taman Dataran Segar, Lukut dipecah masuk, kelmarin.

Chin berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ketika dia sedang bekerja manakala isteri dan anaknya keluar membeli sarapan.

“Sebaik isteri dan anak pulang, mereka terkejut melihat pagar dan pintu terbuka. Selepas diperiksa, mereka dapati rumah berselerak dan dua komputer riba, tiga telefon bimbit dan wang tunai lesap.

“Sebaik tiba di rumah selepas dimaklumkan isteri, saya menemui kesan umpil pada pintu utama. Malah, jiran memberitahu mereka ternampak dua kereta berhenti di hadapan rumah tetapi tidak mengesyaki mereka berniat jahat,” katanya.

Katanya, disebabkan kejadian itu, keluarga Chin mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here