Pendaki Gunung Tambuyukon ditemukan selamat

0
65



KOTA KINABALU: Pendaki Gunung Tambuyukon di Ranau yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika turun dari puncak gunung itu sejak petang Ahad ditemukan selamat lewat petang semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim, pendaki tersebut Alan Chang Yun Kong, 31, dari Kota Kinabalu ditemukan kakitangan Taman-Taman Sabah yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, polis dan komuniti Kampung Monggis.

“Difahamkan pendaki telah menyusuri Sungai Kopuakan yang mengalir menuju arah Stesen Monggis dan bertemu dengan pasukan SAR Taman-Taman Sabah kira-kra pukul 6.15 petang.

“Operasi SAR ditamatkan pada pukul 7 malam dan pendaki tersebut juga telah pulang ke Kota Kinabalu,” katanya.

Chang hilang kira-kira pukul 4.30 petang ketika dalam perjalanan turun dari puncak gunung ketiga tertinggi di Malaysia itu yang setinggi 2,579 meter.

Pendaki berkenaan antara enam pendaki yang memulakan pendakian ke puncak gunung itu pagi semalam dengan diiringi dua malim gunung.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here