Pendakwa Raya rayu hukuman lebih berat ke atas Pistorius

0
30

JAGUH paralimpik Oscar Pistorius mungkin berdepan hukuman lebih berat selepas pendakwa raya mengemukakan rayuan supaya dia dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Pistorius, 30, kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Pretoria bermula Julai tahun lepas kerana membunuh teman wanitanya Reeva Steemkamp pada Hari Kekasih 2013.

Pada hari tersebut, Pistorius mendakwa dia mengesyaki kediamannya dipecah masuk dan bertindak menembak ‘penceroboh’ yang disangka berada di dalam bilik air rumahnya.

Pendakwa Raya bertegas hukuman enam tahun itu tidak setimpal dengan apa yang dilakukan Pistorius dan memohon hukuman penjara maksimum 15 tahun dikenakan ke atasnya.

Mereka mendakwa hakim yang terlibat dalam pendengaran kes tersebut tahun lepas terlalu bersimpati dengan Pistorius.

Pistorius pada mulanya hanya didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.

Pertuduhan itu kemudian ditukar kepada membunuh oleh Mahkamah Agung Rayuan pada bulan Disember 2015 dan dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Hakim Thokozile Masipa.

Namun pihak Pendakwa Raya yang diketuai peguam Andrea Johnson berkata hukuman yang dikeluarkan Masipa terlalu ringan dan ia kurang daripada hukuman minimum 15 tahun yang dikenakan atas kesalahan membunuh di Afrika Selatan.

Tambah Johnson Mahkamah Tinggi juga tidak menyatakan sebab hukuman penjara 15 tahun itu tidak dikenakan terutamanya selepas Pistorius tidak menunjukkan rasa kesal dengan perbuatannya itu.

Menurut peguam, Pistorius tidak sengaja membunuh teman wanitanya itu yang merupakan seorang model dan siswazah kelulusan undang-undang.

Barry Roux yang mengetuai barisan peguam bela berkata atlet itu mengalami kemurungan akibat daripada kejadian itu.

Mahkamah tidak menetapkan tarikh bagi pendengaran semula kes rayuan Pendakwa Raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here