'Pendekatan baru kurangkan pembaziran makanan'

0
60



Satu pendekatan baru perlu segera diwujudkan bagi mengelak pembaziran makanan khususnya pada bulan Ramadan daripada terus berlaku, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembaziran berlaku pada bulan puasa antara lain disebabkan kira-kira 50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang begitu sahaja biarpun pelanggan membayar dengan harga tinggi.

“Perlu buat satu pendekatan baru dan satu peraturan untuk mengurangkan pembaziran ini. Sebagai contoh sepatutnya dibolehkan hotel memberi lebihan makanan hidangan bufet yang tidak kotor (tidak tercemar) kepada orang lain supaya tidak dibuang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita di Kuching┬áhari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye supaya kerajaan menganjurkan program kesedaran membendung pembaziran makanan.

Semalam Lee berkata kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

Terdahulu Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong menyampaikan sumbangan kebajikan bulan Ramadan kepada 810 penerima terdiri daripada warga emas, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) bagi Zon Seberang Hilir dan Zon Santubong.

-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here