Penduduk mangsa kekejaman militan di Marawi

0
191
Advertisement


MARAWI: Lebih ramai orang awam dikhuatiri terbunuh dalam tempoh lima minggu kawasan selatan bandar di sini dikuasai pelampau akibat ‘kekejaman’ militan yang menyokong Daesh.

Jurucakap tentera Filipina, Restituto Padilla berkata, pihak berkuasa setakat ini hanya dapat mengesahkan 27 penduduk Marawi terbunuh, tetapi mereka yang berjaya melarikan diri dari kawasan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak mendakwa lebih ramai yang maut.

“Jumlah yang diberitahu sekarang ialah 27 dan ia mungkin meningkat sebaik saja kami dapat mengesahkan semua maklumat itu.

“Ramai mendakwa sejumlah besar orang awam terbunuh di kawasan konflik, tetapi kami masih tidak dapat mengesahkannya, ” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Padilla berkata, pemberontak merampas harta milik orang awam, merekrut anggota baharu secara paksa selain memaksa mereka menjadi hamba seks.

Pihak tentera keberatan untuk membincangkan kemungkinan kesan buruk pertempuran terhadap orang awam yang lebih serius daripada dilaporkan.

Serangan udara dan mortar setiap hari terhadap penembak hendap pemberontak memusnahkan bandar selatan yang terkenal dengan keindahan tasik, manakala penduduk yang masih terperangkap di situ menganggap serangan tentera adalah ancaman lebih besar berbanding kumpulan militan.

Pihak tentera juga memulakan misi berbahaya untuk mengumpul sejumlah besar mayat di jalan berhampiran zon konflik tatkala pertempuran kini sudah masuk hari ke-36, hari ini.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here