Penerbit dapat kebenaran cabar rampasan buku oleh JAIS

0
68



Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan ZI Publications Sdn Bhd untuk mencabar kesahihan rampasan buku oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada penerbit itu pada tahun 2012.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf dalam keputusannya untuk membenarkan bantahan awal yang dipohon JAIS dan menolak kes itu.

“Bantahan awal yang dibangkitkan tidak berkaitan dengan penangkapan dan rampasan buku, yang dipohon oleh perayu.

“Kami membenarkan kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim lain. Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membenarkan bantahan awal dan kami memerintahkan supaya perkara itu didengar berdasarkan substantif (merit penuh),” kata Tengku Maimun.

Dua lagi hakim lain yang bersidang sama adalah ialah Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Asmabi Mohamad.

JAIS sebelum ini merampas 180 naskhah terjemahan Bahasa Melayu buku-buku berjudul “Allah, Kebebasan dan Cinta” oleh penulis Muslim Kanada, Irshad Manji daripada pejabat ZI Publication ini.

Ia merujuk kepada Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, semasa rampasan itu.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here