Peng Soon, Liu Ying cemerlang

0
228
Advertisement



KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya meloloskan diri untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 hampir ditujukkan jalan keluar namun enam mata berturut-turut yang dikutip pada aksi penentuan, memastikan beregu negara menang 16-21, 21-17, 18-21 ke atas pilihan ke-11 Marcus Ellis-Lauren Smith dari England.

Peng Soon, mengakui kehilangan fokus hampir membawa padah dan berjanji bangkit lebih kuat untuk memenuhi impian mara ke final Ahad ini.

“Kami benar-benar bernasib baik. Saya tidak tahu bagaimana kami berjaya mendapatkan enam mata berturut-turut apabila kami ketinggalan 15-18 pada set penentuan. Saya tidak fikir kami mampu mengulanginya,” kata Peng Soon.

“Ini kali pertama kami melepasi 16 pemain terakhir, namun kami tidak mahu ia berakhir di sini. Matlamat kami jika boleh adalah mara ke final.

“Ia bukan mudah, ujian sebenar kami bermula di suku akhir,” kata Peng Soon yang akan berdepan pilihan ketiga Tang Man Chun-Tse Ying Suet dari Hong Kong esok, untuk tiket ke separuh akhir.

Liu Ying, yang kembali mendapatkan keyakinan selepas berdepan isu kecederaan, juga berharap dapat menangani tekanan dalam perlawanan berikutnya.

“Saya tidak begitu berpuas hati dengan prestasi saya hari ini. Saya sungguh beremosi dan gagal mengawal tekanan dengan baik,” kata Liu Ying.

“Kemaraan ke suku akhir jelas prestasi terbaik kami setakat ini di kejohanan dunia tetapi saya perlu mengawal tekanan dengan lebih baik.”

Aksi terbaik beregu campuran negara di kejohanan dunia adalah pada edisi 2006 di Madrid apabila gandingan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty meraih pingat gangsa.

Peng Soon-Liu Ying, bagaimanapun menjadi satu-satunya wakil negara dalam acara beregu campuran selepas tersingkirnya juara Terbuka Singapura Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie,yang tewas 20-22, 21-14, 21-6 to  kepada gandingan India Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa pada pusingan ketiga.

Begitu juga beregu wanita negara yang menamatkan saingan mereka apabila pilihan ke-13 Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas 21-18, 21-13 kepada pilihan kelima  dari Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu pada pusingan ketiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here