Pengalaman beraya di Kashmir

0
17



Salam Lebaran kepada semua yang menyambut Aidilfitri di tanah air. Kali ini saya merasai pengalaman berhari raya di Srinagar, Kashmir, India.

Selepas melalui liku perjalanan yang pelbagai, saya meneruskan perjalanan menuju ke Pekan Kargil yang terletak 240 kilometer ke timur Srinagar adalah kawasan yang begitu mencabar.

Masakan tidak, ia juga tersenarai sebagai salah satu daripada 10 jalan raya paling berbahaya di dunia dan saya sedang melaluinya ketika ini.

Suka tidak suka, ini adalah jalan utama ke utara dan ia juga laluan yang penuh dengan cabaran kerana keadaannya yang begitu teruk.

Selain itu, ia juga menduga akal saya apabila terpaksa menempuh laluan tanah tinggi dengan ketinggian lebih 13,000 kaki dari paras laut, satu cabaran baru sepanjang mengembara di seluruh dunia.

Saya sedar dan sering mengingatkan diri sendiri betapa saya sedang menguji laluan yang ‘makan’ nyawa saban tahun kerana laluan berbelok-belok tanpa penghadang jalan menyebabkan bila-bila masa saya boleh terbabas dan masuk ke dalam gaung yang menanti.

Setakat ini, semuanya berjalan lancar namun saya masih dihantui dengan masalah sama sejak mula, hubungan telekomunikasi yang mencabar semangat saya.

Baru beberapa hari lalu, saya berada di kawasan yang tiada bekalan elektrik dan Internet selama 24 jam, menyebabkan niat saya untuk berkongsi catatan lebih awal menjadi terbantut.

Saya menginap di hotel tiada penarafan bintang, menyebabkan saya perlu memasak air panas untuk mandi. Namun, saya anggap ia adalah satu pengalaman kerana setiap kali mengembara, pasti saya jumpa perkara baru.

Tersentak dengan kegagalan fungsi perayauan antarabangsa menjadikan saya buntu untuk bercerita kerana saya sedar bahawa kali terakhir bersama pembaca akhbar ini ialah sepuluh hari lalu.

Apa yang pasti, saya juga berdepan dengan cuaca sejuk sekitar 10 darjah celsius, dan dijangkakan semakin menurun, perasaan itu akan saya kongsi dalam catatan akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here