"Pengalaman ini tiada di bilik darjah" – Ibu bapa berhenti kerja bawa anak mengembara

0
43
Advertisement

PASANGAN suami isteri sanggup berkorban menjual segala aset yang dimiliki dan membawa dua anak perempuannya menerokai dunia dengan bajet yang kecil.

Menurut laporan portal Mirror.uk, Chris dan Donna Jackson dari Hertfordshire berkata, keputusan berani itu dibuat kerana merasakan jarang menghabiskan masa dengan kedua anak perempuan mereka ekoran tuntutan kerja.

Pasangan itu dan anak perempuan mereka Ellie, lapan tahun, dan Miley enam tahun, hanya membawa satu beg pakaian untuk memuatkan semua kelengkapan pengembaraan mereka.

Keluarga itu memulakan pengembaraan sejak Julai tahun lalu dan telah pergi ke lima negara selain berkongsi dengan kira-kira 100,000 pengikut di laman Instagram.

Lebih mengujakan apabila keluarga ini yang hidup dalam serba kekurangan akan menyiarkan gambar mereka menetapkan di sesuatu hotel di laman sosial sebagai imbuhan tinggal di hotel tersebut.

Chris, 35 tahun yang merupakan bekas paramedik di London berkata, kedua-dua anaknya mempelajari lebih daripada apa yang diajar di sekolah.

Sebagai contoh, ketika melawati Costa Rica, keluarga ini telah berdepan dengan pengalaman gunung berapi aktif.

Malah, Chris turut membangkitkan persoalan sebagai “berapa kerap anda belajar mengenai gunung berapi di dalam kelas jika dibandingkan anda melihat sendiri di depan mata?.

“Ini satu pengalaman seumur hidup,” katanya.

Selain itu, menjelaskan mengenai tindakannya itu, Chris berkata, dia jarang bertemu dengan isterinya yang merupakan jururawat kanak-kanak selain tiada masa untuk bersama kedua-dua anaknya.

Bagi Donna, 34 tahun pula berkata, dalam dunia kebendaan sekarang, masyarakat lebih cenderung memberikan anak-anak mereka gajet seperti iPads.

“Perkara itu menjauhkan hubungan ibu bapa memandangkan mereka akan menghabiskan masa beberapa jam dengan iPads selain tidak mengajar mereka apa yang mereka perlu tahu,” katanya.

Tindakan pasangan itu juga mendapat sokongan positif daripada sekolah anak-anaknya di Borehamwood.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here