Pengambilalihan syarikat IPP oleh 1MDB tidak sebabkan kenaikan tarif

0
25

KOTA KINABALU: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengambilalihan tiga syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lima tahun lepas tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik di negara ini.

Beliau berkata, malah, pengambilalihan itu membolehkan kerajaan menjimatkan berjuta-juta ringgit daripada segi kos.

Ketika menjawab kenyataan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua baru-baru ini bahawa penjelasan beliau mengenai perkara itu di parlimen adalah tidak masuk akal, Ongkili berkata setiausaha publisiti kebangsaan DA itu seolah-olah mahu terus melemparkan tuduhan jahat terhadap kerajaan.

“Saya telah mengedarkan transkrip Hamsard ucapan penggulungan saya untuk kementerian saya di parlimen kepada media dua hari lepas sebagai tindak balas kepada kenyataan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu ketika membahaskan Bajet 2018 semasa persidangan Dewan Rakyat.

“Saya telah menyatakan bahawa pengambilalihan itu sebenarnya membantu mengurangkan tarif elektrik dan saya juga telah menjelaskan bahawa IPP terlibat dalam menyemak semula tarif untuk dikurangkan lima tahun lalu sebelum saya mengambil alih kementerian,” kata beliau.

Ongkili diminta oleh pemberita selepas majlis makan tengah hari Parti Bersatu Sabah bersama media di sini pada Khamis untuk menghulas kenyataan Pua sselepas ucapan penggulungan menteri itu yang mendakwa Ongkili mengesahkan bahawa 1MDB tidak mempunyai peranan dalam mengurangkan tarif elektrik atau kos.

1MDB mengambilalih Powertek Energy Sdn Bhd (dahulunyaTanjong Energy Holdings Sdn Bhd), Stesen Janakuasa Kuala Langat (dahulu Genting Sanyen) dan Jimah Power pada 2012

Ongkili menegaskan bahawa kerajaan hanya akan berunding dengan IPP untuk mengurangkan tarif elektrik setiap kali ada semakan mengenai perkara tersebut.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here